Saturday, December 23, 2006

Mengenai riba

Oleh: DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

Masyarakat Islam Malaysia umumnya amat mengambil berat soal halal dan haram dalam isu pemakanan. Rata-rata umat Islam hari ini amat prihatin terhadap makanan yang dimakannya agar tidak terkandung elemen-elemen haram yang boleh menjejaskan keberkatan.

Persoalannya, apakah cukup sekadar memperakui barangan makanan bertanda halal tetapi wang yang digunakan untuk membelinya masih lagi bersumberkan perolehan yang haram? Sejauh manakah keprihatinan mengenai halal dan haram ini turut diterjemahkan dalam kegiatan muamalah yang lebih penting seperti urus niaga harian dan perolehan pendapatan?

Hakikat yang tidak dapat dinafikan, kesedaran umat mengenai halal dan haram dalam aspek perolehan pendapatan masih di takuk yang amat mendukacitakan. Umat lebih memperhitungkan soal barangan berlabel halal berbanding dengan sumber perolehan mahupun pendapatan.

Apa yang pasti, kesedaran mengenai sumber rezeki yang halal amat penting bagi menumbuhkan rasa keterikatan dengan hukum dan peraturan yang ditetapkan Allah. Rezeki yang diperoleh dengan cara halal tanpa merugikan orang lain pastinya akan membawa barakah atau keberkatan. Sedang yang haram termasuklah perolehan daripada sumber penyelewengan, penipuan, rasuah, pecah amanah dan riba hanya akan membawa padah dan kecelakaan.

Dalam konteks ini, penulis lebih cenderung memfokuskan isu riba dalam penulisan kali ini. Bagi penulis, tahap kefahaman umat mengenai riba masih terlalu rendah. Walaupun kerajaan telah berusaha menyediakan pelbagai insentif galakan dan membangunkan prasarana kewangan berpandukan syarak seperti institusi perbankan Islam, realitinya umat Malaysia masih ramai yang tidak mendukung sistem muamalah Islam yang diperkenalkan.

Laporan Bank Negara 2005 jelas membuktikan senario ini. Penguasaan pasaran sistem perbankan Islam yang bebas riba umpamanya hanya dalam lingkungan 11 ke 12 peratus berbanding jumlah umat Islam di Malaysia hari ini yang melebihi 65 peratus. Ini bermakna masih ramai umat Islam yang kekal mengamalkan urus niaga dengan perbankan konvensional yang berasaskan riba.

Bank Negara Malaysia sendiri secara sederhana meletakkan sasaran bagi tahun berakhir 2010 untuk sistem perbankan Islam meningkatkan penguasaan pasaran perbankan hingga ke tahap 20 peratus.

Ini juga memberi indikasi penting bagi 27 institusi-institusi perbankan dan kewangan Islam yang sedia ada untuk melakukan promosi secara besar-besaran bagi meyakinkan bukan sahaja umat Islam bahkan masyarakat bukan Islam untuk turut melabur dan menyimpan dalam institusi-institusi yang menawarkan produk-produk yang menepati syarak.

Dalam konteks ini, umat Islam sendiri terutamanya harus disuntik dan dipertingkatkan kesedaran mereka mengenai kepentingan berurus niaga secara halal tanpa melibatkan elemen riba. Umat harus difahamkan betapa besarnya dosa melibatkan diri dalam urus niaga yang mempunyai unsur-unsur riba tidak kira sama ada berbentuk pelaburan, simpanan mahupun pembiayaan.

Ini kerana Islam amat tegas memerangi unsur-unsur riba dalam sistem muamalah manusia. Pernyataan keras di dalam al-Quran bahawa Allah dan Rasul-Nya mengisytiharkan perang terhadap golongan yang mengamalkan riba jelas menggambarkan betapa beratnya dosa riba yang sememangnya boleh mendatangkan penganiayaan dan ketidakadilan dalam hubungan sesama manusia (al-Baqarah: 279).

Malah dalam sebuah hadis sahih riwayat al-Hakim dinyatakan bahawa: “Riba mempunyai 73 jenis. Yang paling ringan antaranya menyamai kesalahan berzina dengan ibu kandung sendiri”. Terdapat sekurang-kurangnya 12 ayat yang secara khusus membincangkan isu riba dalam al-Quran. Malah terlalu banyak hadis yang memperincikan urus niaga muamalah yang bebas daripada elemen-elemen riba dan penindasan. Pengharaman riba turut ditegaskan sekali lagi dalam khutbah terakhir Nabi dalam peristiwa Haji Wida' sebelum kewafatan baginda.

Berdasarkan dalil-dalil inilah, sesetengah ulama menyatakan bahawa tahap pengharaman riba adalah lebih serius dan berat berbanding bentuk pengharaman lain seperti minum arak, judi mahupun makanan haram seperti babi. Ini kerana, Allah tidaklah sampai menegaskan secara keras seperti pengisytiharan perang terhadap mereka yang minum arak, berjudi mahupun memakan barangan haram seperti babi berbanding pengharaman riba.

Justeru, sudah tiba masanya kerajaan melihat perkara ini secara lebih serius. Kurikulum pendidikan agama di sekolah-sekolah umpamanya harus mulai diperkemaskan bagi membincangkan aspek muamalah Islam dengan lebih luas dan bukan sekadar menitikberatkan aspek ibadah fardu ain semata-mata.

Ini amat menepati aspirasi syarak atau disebut Maqasid as-Syariah yang amat menitikberatkan bukan sahaja pemerkasaan dalam konteks ibadah semata-mata tetapi turut memastikan kehidupan muamalah sesama manusia sentiasa berteraskan prinsip keadilan, kesaksamaan sekali gus menghindari sebarang bentuk penindasan dan penganiayaan.

Hanya dengan meningkatkan kesedaran dan kefahaman umat secara tuntas mengenai prinsip-prinsip muamalah berpandukan syarak sahajalah mampu merealisasikan impian kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju sistem kewangan Islam pada masa depan.

-Utusan Msia-
24 Dis

Teori Konspirasi

Berikut adalah hasil kerja fiksyen dan sebarang persamaan kepada peristiwa ataupun manusia yang sudah mati ataupun masih hidup lagi, ataupun yang akan mati adalah secara kebetulan sahaja.

Terjemahan –marhaintua-


"Mana lokasinya nanti?"

"Begini Ken, saya fikir eloklah lokasinya di Polynesia"

"Tidak Tim, bukan Polynesia. Kita akan berbelanja banyak dan kosnya akan melonjak. Buat di satu negara rekaan, yang tidak wujud. Kemudian, kita boleh mulakan penggambaran di dalam studio sahaja. Kosnya tentu murah sahaja."

"Baiklah, apa kata kalau kita namakan .....ah...Bolehnesia....yeah...Bolenesia. Bunyipun semacam Polynesia.

"Bagus, tunjukkan saya skrip filem ..."

"Saya sedang menyiapkannya, Ken. Tetapi hampir 90% siap...ada sedikit yang tergantung sana-sini.

"Bila awak boleh berikan pada saya?"


Minggu depan. Tetapi saya fikir mahu bincang plot ceritanya dulu dan tambah apa juga pendapat anda dalam skrip itu."

"O.K. Tak ada masalah ...ada babak percintaan ke atau tidak?"

"Mesti ada, banyak babak seks, termasuk kontrak (kementerian) pertahanan, wang sogok, intrig dan beberapa konspirasi politik......malahan pembunuhan ...membabitkan seorang ternama ?"

"Sedap bunyinya ...Cuba bayangkan ringkasannya kepada saya."

"Baikklah, kita mulakan babak dengan polis....pasukan CSI...sedang menggeledah satu kawasan untuk mencari bukti. Seorang jogger telah terserempak satu mayat di tengah padang yang terpencil dan telah memanggil polis. Dari situ kita mainkan plot sampai ke tahap membayangkan muslihat polis untuk menutup satu kes.

"Jangan................., tukar itu kepada..... polis yang sebenarnya melakukan pembunuhan.

"Ya, hebat tu...polis melakukan pembunuhan...... Kenapa tidak kita tunjukan pasukan UTK yang melakukan pembunuhan. Itu lebih menarik?."

"Baiklah saya terima......lupakan mayat. Pasukan UTK telah meletupkan mayat dan pasukan CSI mencari kawasan itu dan mengumpulkan serpihan mayat yang telah dibom."

"Aduuuuiii ini lagi menarik. Tetapi, apakah motifnya? Kita perlukan motif. Apa motifnya membuatkan pasukan UTK membunuh seorang lelaki dan meletupkan mayatnya? Lagipun bukankah meletupkan mayat menyebabkan ia berselerak di merata tempat kejadian? Kenapa tidak ditanam sahaja ataupun dimasukkan dalam asid supaya ia larut. Bukankah dengan itu tidak ada bahan buktinya?

"Itu soalan yang bagus. O.K....... apa motifnya? Saya fikir begini. Mereka mahu mengenakan seserorang kerana itu mereka mahu serpihan mayatnya dapat dijumpai. Itu sebabnya mereka letupkan dan tidak gunakan asid."

"Kish konspirasi yang saya sebutkan tadi adalah satu pertelagahan mahukan kuasa antara Presiden dan Timbalannya."

Baiklah....... kenapakah kita tidak buatkan Presiden sebagi konspirator dan dia yang memberi arahan pembunuhan itu untuk memerangkap Timbalannya?"

"Tidak, saya cuba tengok daripada sudut lain. Ketua konspirator dalam skrip saya ialah anak menantu Presiden. Dialah perancang utama segala-galanya."
"Kenapa pula anak menantu beliau?"

"Sebenarnya dia yang berminat menggantikan Presiden kerana itu dia mahu Timbalan dimusnahkan. Jadi dia rancang pembunuhan ini untuk memerangkap Timbalan Presiden.

"Jadi, mereka tangkap Timbalan?"


"Tidak mereka tangkap orang utama Timbalan, dia ini yang menyimpan segala harta karun yang dibalun oleh Timbalan, sebagai pemegang amanah"

"Apakah si Timbalan tidak jujur?"

"Alahai semua orang di Bolenesia adalah korup, malahan ketua gereja pun korup."

"Jangan begitu.... Tukarkan Bolenesia sebagai sebuah negara Islam. Itu boleh namapak lagi hidup ceritanya."

"Ya betul juga. Hampir semua negara Islam memang korup, jadi ia lebih berpijak di bumi nyata."

"O.K cerita sikit hal orang kanan Timbalan tadi, macam mana kamu mahu kaitkan dia pula?"

"Begini.... dalam skrip saya ada seorang perempuan, gadis Peranchis yang menjadi tukang salur(perantara) wang haram. Dia memainkan peranan untuk menyucikan wang ini dengan menggunakan akaun luar negara."

Ishhhhh tidak, tukar cerita itu. Apa kata kalau kita gunakan perempuan Tibet. Dan dia ini rapat dengan Dalai Lama. Jadi dia rapat dengan mereka yang memegang kuasa......oh, ini hal gadis yang dibunuh yer?? Awak mahu kisahkan mayatnya dijumpai di satu padang. Ubah....yang dibunuh itu ialah menjadi seorang gadis.

"Baiklah. Apa kata kita sebut dia ini adalah pemenang pertandingan Ratu Tibet? Tetapi dia tinggal di Peranchis dan di sana mereka mula-mula berkenalan?
Bagus.......dan katakan dia memang rapat dengan Dalai Lama. Tetapi kenapa mereka mahu membunuh dia?

"Begini.... Pertama, dia adalah pemegang amanah akaun rahsia duit mereka di Switzerland. Apabila dia mati, bermakna wang itu semua akan tersangkut di sana. Si Timbalan tidak lagi dapat memegang wang itu.. Lagipun mereka sudah dapat memerangkap pembantu kanan beliau tadi dengan pembunuhan itu. Ini semacam kisah serampang dua mata.

"Bagus...macam mana dengan babak seks pulak??"

"Kita boleh buat 'flashback' (tayang-balik) babak gadis itu di ranjang bersama si Timbalan tadi. Kemudian dia keluar daripada bilik hotel si Timbalan untuk menaikki kereta yang dipandu oleh supir dan potong babak ketika itu. Kemudian kita tunjukkan pula satu babak si gadis mengetuk pintu hotel lain . Menantu Presiden membuka pintu itu dan si gadis telanjang lagi....Jadi kita ada dua babak seks berurutan.....

"Hebat!!! Maknanya gadis itu mempunyai hubungan sulit dengan Timbalan Presiden dan juga anak menantu Presiden. Hebat plot itu."

{Hehehe..mungkin kena tambah sikit lagi. Si gadis pada mulanya nak "buat" juga dengan Presiden. tetapi belum apa-apa Presiden sudah berdengkur..... Itu sebab si anak meantu tumpang se tongkat....– penterjemah menelah satu frame sahaja....}

"Hm... saya ingat kita akan akhiri cerita itu dengan Timbalan Presiden mengundurkan diri kerana skandal seks dan Presiden melantik seorang agen CIA sebagai timbalan yang baru?"


"Oh CIA..... kita tidak boleh ketepikan mereka. Setiap kali ada perkara berlaku CIA mesti ada memainkan peranannya. Tetapi macam mana nak kaitkan mereka dengan kes ini?"

"Begini....CIA ada merakamkan aksi gadis Tibet itu dengan anak menantu Presiden di atas katil. Kemudian mereka tunjukkan video itu kepada Presiden yang hampir pengsan. "

"Apa tujuannya?"
"Bolenesia adalah sebuah negara yang kaya dengan minyak dan AS mahukan minyak yang murah."

"Kalau begitu ada jalan......Kita boleh tunjukkan Presiden Bolenesia sedang minum teh dengan Bush diRumah Putih dan dia minta Bolenesia membekalkan minyak dengan harga premium tetapi Presiden enggan menunaikan permintaan itu. Apabila Presiden beredar, Bush panggil Pengarah CIA dan minta dia kenakan Presiden. Pengarah CIA telah bercakap dengan dua orang petugasnya di Bolenesia dan meminta mereka 'kenakan' Presiden supaya dia berlari balik menemui mereka minta bantuan."

"Apa kata kita jadikan gadis Tibet itu seorang agen CIA juga?"

"Betul juga. Dan tugas dia ialah menyusup masuk kerajaan Bolenesia dan adakan hubungan dengan beberapa orang ternama. Semacam Mata Hari. Tentu menjadi lebi eksotik plot kamu.

"Itu juga boleh jadi satu sebab kenapa mereka membunuh dia. Wang itu tidak berada dalam akaun Bank di Switzerland, tetapi dalam akaun palsu CIA. Kerana rahsia sudah terbongkar maka mereka bunuh gadis itu."

"Hebatt................Bagus plot kamu. Baiklah, sudahkan skrip kamu. Masukkan juga kisah kontrak pertahanan dengan Russia; mungkin kisah kapalselam Russia, ataupun semacam itu. Itu cara mereka dapat komisen kontrak.... dan mungkin juga kisah pembekalan komponen nuklear kepada Korea Utara. .... Mungkin jgua menantu Presiden yang membekalkan komponen nuklear itu. Jadi kaitkan keseluruhan keluarga Presiden. Bush cuba mengancam mahu mendedahkan semua ini kalau mereka enggan membekalkan minyak"

{Nanti dulu...........penterejemah nak mencelah siktit lagi....! Kalau kamu masukkan plot pembekalan kapalselam Russia, kamu kena masukkan sedikit 'frem; bagaimana presiden dulu yang buka kontrak dengan Russia dan dapatkan belanja untuk membawa anggota kabinetnya pergi ke Khutub Utara, sebahagian komisen lagi bagi menghantar seorang angkasawan ke angkasa dan sebahagian lagi kos menggugurkan kereta Wira dari angkasa ke Khutub Utara...}

"Saya akan siapkan skrip itu minggu depan. Saya hanya perlu menulis idea baru ini. Saya fikir kita ada satu plot yang cantik. Memang lah semua ini tidak boeh berlaku dalam kehidupan kita,. Terlalu jauh khayalannya. Tetapi macam itulah kisah wayang. Kita berurusan dengan fantasi bukannya realiti."

"Yeah... mana ada satu pasukan UTK (SWAT) yang bodoh rela meledakkan manusia?

"Sesungguhnya mereka bukannya bodoh. Mereka mahu biarkan ada bahan buktinya supaya pasukan CSI boleh menjumpainya. Semua itu adalah sebahagian muslihat untuk memerangkap si Timbalan."

"Heee.............., saya ada satu idea baru. Mungkin juga kita tunjukkan Presiden yang tumpas, dan si Timbalan mengambil alih. Ini adalah satu plot CIA untuk menggulingkan Presiden supaya si Timbalan boleh mengambil alih."

"Buat apa?"

"Tentulah kerana minyak. Presiden Bolenesia enggan menjual minyak kepada Bush tetapi si Timbalan bersetuju.... saya fikir begini..... lupakan si menantu tadi. CIA ada menyimpan satu rakaman video Timbalan mengadakan hubungan seks dengan gadis Tibet tadi dan memeras ugut Timbalan itu pula. Dia bersetuju menjual minyak tetapi tidak mampu kerana dia hanya orang nombor dua. Jadi mereka gulingkan Presiden untuk membolehkan Timbalan mengambil alih dan jual minyak yang AS mahu pada harga murah. "

Wau..... OK. Bagus jalan cerita ini. Semakin bagus jadinya. Saya akan buat perubahan dan jumpa anda minggu depan."

"Baiklah... saya akan cakap dengan Tom dan cuba dapatkan bajet yang anda perlukan. Apa kata anda gunakan RM100 juta?"
"
"Boleh........ sebab kita gunakan banyak penggambaran di studio dan tidak banyak di lokasi. Tetapi saya belum susun para pelakonnya lagi."

"Jangan risau mengenai kasting....Saya akan cuba usahakan. Berikan saya skrip itu dan saya akan edarkan. Dengan plot semacam ini kita mungkin dapat tarik ramai bintang yang berminat. Kita mungkin ajak Jennifer Lopez lakonkan peranan gadis Tibet.

"Tapi...wajah dia bukan macam orang Tibet?"

"Jangan risau. Emak dia seorang Tibet tetapi ayah dia Peranchis .... mungkin seorang diplomat Peranchis yang pernah berkhidmat di Tibet. Dia pun seorang agen CIA dan itulah caranya mereka berjaya mengrekrut anaknya.

"Baiklah. Biarlah saya balik dulu jika tidak nanti tidak ada penamat cerita ini. Terlalu banyak kemungkinannnya."

"Aha.... itulah kesenian fiksyen.. Anda boeh tulis skrip mengikut kehendak selera anda. Lagipun tidak ada kisah semacam ini yang boleh terjadi di dunia ini.

tamat